Baru-baru ini saya terbaca iklan mengenai syarikat telco yang menawarkan pakej "unlimited and high speed data". Iklan ini dibuat oleh seorang wanita yang menggunakan nama sebagai Sofea Azran di facebook. Saya memang dari dulu lagi mencari mana-mana syarikat telco yang memberi pakej seperti yang Sofea Azran iklankan. Harga memang terbaiklah baru RM38/bulan. Excited sangat bila jumpa benda yang dicari selama ini. Saya memang sudah melanggan data dengan syarikat telco yang lain tapi asyik kehabisan quota saja maklumlah saya ni suka menonton movie online.
Saya mnggunakan Digi (prepaid) 4.5GB+3GB(1am-7am)=RM48/bulan. Telefon satu lagi pula saya melanggan Umobile P70 (postpaid) 15GB and unlimited voice callis to all network =RM70/bulan. Ini menjadikan jumlah quota saya 22GB/bulan dan membawa bill berjumlah RM118.00.
Walaupun jumlah quota 22GB/bulan ianya masih tidak mencukupi bagi saya sebab tu masih mencari yang unlimited data + high speed dan saya akan mrnghentikan salahsatu langganan sedia ada.
Berbalik pada iklan dalam facebook tadi, saya telah memesan simkad tersebut. Saya memang tidak tahu tentang simkad baru ni dan percaya semua kata-kata manis si penjual. Setelah menggunakan simkad tersebut, saya sangat terkejut dan kecewa bila mendapat mesej "3GB quota anda telah mencapai penggunaan 100% dan kelajuan internet anda dihadkan sehingga hujung bulan".
Jadi disini saya mengingatkan rakan-rakan agar jangan terlalu percaya dengan ejen-ejen telco yang hanya mahukan commission setelah berjaya mendapat pelanggan tertamanya mereka yang mempromosi produk online. Saya tidak menyalahkan pihak telco tersebut tapi ejen mereka yang tidak bertanggungjawab mahukan pelanggan sehingga sanggup menipu.
Saya telah menyuarakan hal ini kepada pihak telco berkenaan supaya ejen yang berkenaan diambil tindakan sewajarnya. Di bawah adalah isi kandungan email yang saya hantar kepada syarikat telco berkenaan.
******************************************
Saya ingin menyuarakan rasa tidak puas hati dan kesal terhadap seorang ejen redOne yang menggunakan nama Sofea Azran dalam FB.
Pada 18 september 2016, Sofea Azran telah mempromosi rangkaian redOne pakej data 8+ mengatakan bahawa pelan tersebut adalah unlimited data dan berkelajuan tinggi. Selain itu, Sofea Azran juga mengatakan bahawa penggunaan satu bulan pertama tiada kontrak dan sekiranya anda tidak berminat ianya boleh dihentikan bila-bila masa tanpa penalty.
Saya telah tertarik dengan tawaran pakej data 8+ ini kemudian memesan untuknya. Dia meminta gambar jelas IC depan dan belakang beserta kiriman duit RM20 untuk proses pendaftaran.
Setelah semua syarat saya penuhi Sofea Azran telah mengirim simkad tersebut dengan nombor yang saya pesan (saya kekalkan nombor lama) beserta satu simkad lain. Simkad lain tersebut adalah untuk panggilan dan sms, dia mengatakan bahawa sekiranya tiada penggunaan maka tidak ada bil yang perlu dibayar dan saya tidak pernah menggunakannya sehingga sekarang.
Saya sangat sedih apabila mendapati simkad yang dikatakan unlimited data and high speed telah mencapai penggunaan 100% untuk pnggunaan yang baru 6 jam. Saya telah mendapat mesej dari redOne mengatakan "RM0 redONE: Your data bundle usage has reached 3.00GB. Your data speed will be slowed until month end." Perasaan marah dan rasa tertipu menyelubungi diri.
Saya kemudian menghantar pesanan melalui "messenger" FB (tempat berhubung/mempromosi pakej) kepada Sofea Azran menyuarakan rasa tidak puas hati namun dia tidak pedulikannya, saya kemudian menulis di ruangan komen d post miliknya yang meminta agar masalah ini diselesaikan cara baik namun dia telah menyekat (block) akaun FB saya.
Keadaan ini memaksa saya untuk melaporkan kepada pihak redOne bahawa saya telah ditipu oleh seorang ejen redOne. Perunding perkhidmatan yang bercakap dengan saya meminta agar saya menulis laporan dan menghantarnya ke
careline@redone.com.my supaya ejen yang bernama Sofea Azran dapat bertanggung jawab keatas permasalaan ini.
Sekiranya Sofea Azran tidak mahu memberi kerjasama maka saya akan failkan saman. Saya menuntut ganti rugi 100% serta faedah kerugian masa dan kos-kos yang berkaitan bermula dari tarikh pertama dia mempromosi pakej 8+ kepada saya sehingga masalah ini selesai.
Segala bukti "conversation" antara saya dengan Sofea Azran saya sertakan supaya pihak redOne dapat menilai bagaimana ejen Sofea Azran menipu pengguna seperti saya. Diharap pihak redone dapat memberi maklum balas dengan kadar segera agar masalah yang saya hadapi dapat diselesaikan secepat mungkin.
Sekian,
******************************************